rasa mcm baru semalam pergi tadika
lari lari dgn kawan mcm takda masalah
gelak ketawa mcm dunia tempat bergembira
belajar abc yang takpernah tahu
belajar lukis matahari di hujung awan di tengah tengah
rasa macam baru semalam daftar darjah satu
pakai tudung senget benget
menjadi comot dan selekeh
yang kita takpernah nak tahu
rasa macam baru semalam dapat result UPSR
penat lelah belajar tidak diduga
pergi kelas tambahan tidak terkira
segala nota dan latihan ditatap setiap masa
dan akhirnya melakar kecermelangan tanpa disangka
rasa macam baru semalam daftar tingkatan satu
tidak sabar menjejak sekolah menengah
tidak sabar untuk bergelar pelajar sekolah menengah
tidak sabar untuk menjadi dewasa
dan bila sudah biasa
ingin sekali kembali ke sekolah rendah
zaman tidak mengetahui apa apa
hanya zaman dimana mengenali erti kekecilan
zaman tidak perlu risau apa itu kedewasaan
tapi
semua itu sudah berlalu
tahun ini zaman berjuang
untuk aku meneruskan cita cita aku
tahun ni tahun terakhir
untuk aku bergelar pelajar sekolah
segala harapan dan pesanan
akan kusematkan dalam dada
akan ku cuba untuk beri yang terbaik
akan ku cuba untuk mencapai segala hasrat dan impian
yang mereka semua inginkan
doa selalu menjadi sampingan
usaha yang gigih amat diperlukan
kerana usaha tangga kejayaan
aku dan sahabat akan berjuang habis habisan
untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan
Aamin!
Semoga kami semua pelajar tingkatan lima yang mengambil SPM tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu straight At dalam SPM!
yang mereka semua inginkan
doa selalu menjadi sampingan
usaha yang gigih amat diperlukan
kerana usaha tangga kejayaan
aku dan sahabat akan berjuang habis habisan
untuk mendapatkan keputusan yang membanggakan
Aamin!
Semoga kami semua pelajar tingkatan lima yang mengambil SPM tahun ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM iaitu straight At dalam SPM!
No comments:
Post a Comment