Hi sudah sedia maklum kan saya akan cerita peristiwa peristiwa yang dah lepas. kira macam throwback lah ni. so harini nak cerita pasal balik kampung. kampung saya yang dekat Terengganu. tahun ni kami sekeluarga memutuskan untuk beraya di Terengganu. yeayy dah lama takbalik Terengganu huhu. excited lah jugak sebab bukan selalu balik sana. okay lupa cakap Terengganu ni kampung abah saya hewhew. okay so malam ramadhan yang ketiga terakhir kami pun bertolak. abah kata dia suka drive malam sebab tak sesak sangat. cepat jugaklah sampai sebab abah guna jalan dalam, dalam subuh gituh dah sampai. hm memang cepat. tak rasa pun lama sebab saya melantak tido kuikui.
okay pagi tu abah mama ajak ikut pergi pasar paka. so saya pun ikutlah sebab takut bosan. duduk rumah pun bukan ada apa apa. okay tak silap sampai pasar tu dalam pukul 7.30 pagi kot. tapi memang dah terang gila. ramai gila orang. sebab pasar dia besar sangat. riuh bukan main lah. dengan penjual nya dengan pelanggan nya nak tanya harga semua, so saya perhati jelah sekeliling huhu taktahu nak buat apa kan.
okay esoknya pulak saya ikut abah round paka. sebab abah nak carikan mama akok. mama teringin nak makan. susah jugaklah nak cari bukan apa sebab kan dah nak raya so takramai yang nak buat akok. tapi round punya round alhamdulilah jumpa jugak huhu.
taklah ni gambar petai je, petai je pun, time ni petang lepastu bosan lah jugak. sekali keluar rumah nampak tok ma tengah nak beli petai. penjual nya jenis yang datang rumah ke rumah. (jualan pintu ke pintu). so saya apalagi ambil lah gambar. biasalah orang takda kerja huhuhu
okay dekat rumah tok ma memang banyak gila kucing kecik kecik. tapi kucing yang
okay malam kedua before raya tu ada lah jugak buat masak masak sikit.
. disebabkan saya sangat busy mengisi perut saya di dapur hanya satu gambar sahaja yang dapat saya ambil kuikui. yang lain tu taksempat. sebab time satay ni dibakar perut saya masih stabil lagi dan tidak meragam,
okay pada petang last ramadhan family dekat sana biasalah mestilah ada bakar lemang. huhu bestttt sebab time tu cuaca dia redup je. so sambil tengah bakar biasalah mestilah berbual bual tukar tukar cerita semua. cehwahh dah macam drama!
okay tibalah first day raya kami dah pun pergi merayap lepas habis raya semua rumah saudara mara. penatlah jugak. sebab yelah pergi rumah saudara bukannya berbual sekejap. kami yang muda muda ni berhuhuhuhuhu jelah. tapi lepas dah siap semua raya abah ajak pergi pantai. apalagi suka lah!
adalah amik gambar sikit tapi takbanyak sangatlah. sebab semua busy tengok pantai. ramai jugaklah yang pergi pantai tu. maybe nak ambik gambar jugak macam kami kot lol hahahahahaha.
okay gambar mama dengan abah kuikuikui. manja betul abah hahahahahaha
lol apa ni function amik gambar kasut. hm memang takda function pun...
okaylah tuje kot nak share. bestttt balik kampung dekat Terengganu sebab kitaorang jarang balik kan. so bila balik macam excited. sebab yelah dahlama takjumpa orang sana. hahahah okay lah tuje bye!











No comments:
Post a Comment