Haih nak cerita ni.. dulu masa tengah spm dia punya excited taksabar nak bercuti semangat tahap apa pun taktahu lah. Tapi bila dah habis ni kan... zzzz dia punya bosan takyah cakap ah. bosan nak mati engk0 tahu? ye kau memang taktahu pun sebab k0 tak ghase apa aku ghase! aduh macam mana ek nak cakap. tiap hari boleh dikatakan asik buat benda yang sama je. DI MANAKAH LIFE SAYA!
Dulu ada jugak pasang cita cita nak bekerja lepas habis spm ni. tapi hari demi hari hanya kedengaran burung burung berkicauan di siang hari dan bunyi cengkerik pada waktu malam. hm sadis sungguh. tapi sebenarnya nak jugak kerja sebab bukan nak isi masa terlapang sahaja tapi nak jugak rasa ada wang tabungan sendiri. biasalah manusia mana yang takda kehendak. takkan asik nak harapkan wang daripada parents je? hm konsep berdikari diselitkan di sini luls huhu
Hm sedihkan cerita cuti saya.. kalau anda yang membacanya sudah sedih apatah lagi saya ya?

No comments:
Post a Comment