Nur Hanis Najihah Bt Roslan

Nur Hanis Najihah Bt Roslan

Wednesday, 6 January 2016

Tanam Anggur



Assalamualaikum. lama rasanya tidak menaip ecewahh. maklumlah usaha nak tanam anggur cuti ni nampaknya gagal. hal ini kerana, diri ni tengah sibuk dengan kelas memandu hehe. alhamdulilah langkah diteruskan setelah lulus ujian komputer. dan sekarang ni tengah busy nak belajar memandu cewahh.

tak ingat dah berapa kali belajar. rasanya dah lebih tiga kali lah. kelas memandu hari isnin, rabu dan khamis. so basically adalah gap untuk saya mempersiapkan diri saya dengan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi untuk memandu dengan tenang kuikui.

memula bawak rasa macam takpercaya gila diri sendiri ni yang pandu. yelah selama ni duduk je dekat belakang melantak tido masa naik kereta. so bila dah pandu sendiri tu perasaan dia takboleh describe excited dia macam mana. ee best gila. rugi gila kalau tak reti bawak kereta. ishh RUGI!!!

so tadi macam biasalah pandu dekat litar buat halangan tu semua. so sampai nak buat halangan bukit tetiba pakcik yang ajar saya tu tanya "awak nak makan angin tak?" saya pun jawab lah "takpa pakcik saya dah sarapan dah pagi tadi". peh memang time tu otak mindset nak kena bebel jelah sebab maybe cara pandu salah ke apa kan. rupanya pakcik tu ajak bawak dekat jalan raya, pehhhhhh tetiba senyum meleret masa buat halangan bukit tu hahahahaha.

so masa first time bawak dekat jalan raya perasaan dia takyah cakap lah cemana an. best gilaaaaa sumpah best gila. rasa macam bajet pun ada jugak lah. yelah konon macam dah besar lah sangat kan reti pandu kereta. lol bajet gilaaaa. tapi seram tu ada jugak lah yelah dahlah dekat jalan besar kan. kalau apa apa jadi tu habislah. tapi alhamdulilah takda apa okay je hehe.

harap P cepat cepat lah dapat, maklumlah nak berjimba dengan kawan kawan huhuhuhu.

No comments:

Post a Comment