(gambar ini diambil sewaktu aku berada di Jonker Street. SubhanaAllah. lawa kan?)
Assalamualaikum. lama rasanya tak menaip kan. padahal cuti bukan buat apa pun. duduk rumah goyang kaki. tapi taklah goyang kaki. ada lah jugak fungsi kaki ni di rumah.
Selama 17 tahun aku hidup di atas bumi Allah ni, selama itulah hidup aku adalah untuk mengejar duniawi sahaja. bagi aku, dunia itu adalah segala galanya. walaupun aku tahu dunia ini hanyalah sementara, tapi aku tetap dengan kelekaanku. aku dibesarkan dengan ajaran agama yang mencukupi. tetapi hidup aku masih seperti orang yang tidak berpelajaran agama. aku tahu solat itu adalah wajib. aku tahu solat itu tiang agama. aku tahu apa balasan jika sengaja meninggalkan solat. aku tahu semua itu. tapi, aku masih berlagak seperti tidak tahu apa apa. ya Allah manusia jenis apa aku ni. aku tahu aku tidak layak untuk Syurgamu tetapi aku tidak mahu masuk ke dalam api nerakamu.
Dosa aku bagaikan pepasir di pantai. tidak dapat dihitung kerana terlalu banyaknya dosa yang telah aku lakukan. biarpun aku tahu semua itu, tapi keinginan untuk berubah tidak ada sama sekali. kadang kadang, terfikir juga betapa banyaknya dosa ini, dan perasaan sebegitu hanyalah bertahan untuk sementara waktu. dan aku akan kembali kepada aku yang dulu.
"Alhamdulilah". satu ungkapan yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk diamalkan. bagi aku, aku hanya mengucapkan perkataan itu bila aku teringat sahaja. bukanlah setiap pagi aku bangun dari tidur aku menyebut perkataan itu. hal ini kerana, aku langsung tidak terfikir untuk menyebutnya. tanpa aku sedar, nikmat yang paling besar yang aku terima setiap hari adalah, nikmat aku dilahirkan dalam Islam dan nikmat nyawa. rupanya Allah masih sayangkan aku lagi. jika tidak, pastinya tanpa aku sempat taubat, Dia sudah mengambil aku untuk kembali kepadaNya semula.
"Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah".

No comments:
Post a Comment