(gambar ini diambil semasa di Tasik Ayer Keroh. Yes kayaking!)
Assalamualaikum. selamat pagi semua. jam sekarang menunjukkan pukul 6.57 a.m. mulakan pagi anda dengan mengucapkan Alhamdulilah. syukur atas setiap kurniaan nikmat yang telah Allah beri kepada kita. terutamanya nikmat hidup. kita masih dikurniakan nikmat kesihatan badan dan nikmat keupayaan untuk melakukan tugas tugas harian kita. Alhamdulilah. terima kasih Ya Allah.
waktu aku masih sekolah dahulu, pagi aku sentiasa dimulakan dengan mendirkan solat sunat dua rakaat sebelum subuh. sewaktu itu, kesedaran dan keinginan aku untuk mendekatkan diri kepada Allah masih wujud. setelah siap menunaikan solat sunat dua rakaat, aku mengisi masa aku dengan membaca ayat suci Al Quran sementara menunggu waktu solat subuh. setelah selesai mengerjakan solat subuh, aku mencapai al mathurat untuk dibaca dan aku jadikan al mathurat sebagai sarapan aku pada setiap pagi. apabila aku berada di asrama, itulah rutin harian aku setiap hari. dan aku dan rakan rakan setia mengerjakan semua itu.
tetapi, bila tiba di rumah, semuanya hilang. aku seperti lupa akan Allah. aku tidak tahu mengapa dan kenapa dengan diri aku ini. bila waktu solat sudah masuk, aku lalai dengan hal duniawi. bukannya aku segera dan bersedia dengan , mengambil wudhuk. bukan. aku tetap dengan diri aku yang leka dengan dunia yang sementara itu. jika bukan kerana ibuku yang menyuruh aku untuk solat, pasti aku akan sengaja meninggalkan solatku. ya aku sangat lah jahil. aku hanya mendekatkan diri kepada Allah sewaktu aku senang sahaja.
padahal Allah sentiasa ada dengan aku di kala aku menghadapi waktu yang sukar dan buntu walaupun aku sering melupakanNya. Alhamdulilah. terima kasih Ya Allah.

No comments:
Post a Comment