Nur Hanis Najihah Bt Roslan

Nur Hanis Najihah Bt Roslan

Saturday, 13 February 2016

Waktu Sekolah

 (mendaki Bukit Beruang di Melaka)

Aku paling benci menulis karangan. bagi aku, kalau nak tulis karangan kena perah otak. nak kena fikir banyak isi untuk ditulis. nak kena nampakkan yang karangan tu panjang bukan setakat satu perenggan ada tiga baris je. bagi aku, buat karangan ni membebankan betul. bagi pelajar yang malas menulis karangan macam aku, masa yang diambil untuk menyiapkan karangan memang lama. 

tapi, kalau masa exam memang pelik. otak kita akan berfungsi dengan baiknya ketika itu. idea mencurah curah tanpa diminta untuk keluar. aku rasa, time aku buat karangan masa kerja sekolah otak dan badan aku memang taknak usaha untuk bekerjasama. sebab bagi aku, yelah kerja rumah je kan. bukan ada apa apa pun. kalau tak paling paling, kena bebel je dengan cikgu. mungkin itulah sebabnya setiap helaian buku karangan aku hanya terdapat tajuk soalan dan contengan isi. tapi kalau rajin sikit, pendahuluan je aku buat. kalau rajin sikit lagi, aku tulis sampai 3 isi je.  tapi kalau rajin sikit lagi, satu karangan aku siapkan. agaknya time tu kesedaran muncul kot. tapi rasanya sementara jelah kot. 

waktu sekolah rendah aku memang akui aku memang rajin. semua kerja rumah aku siap. kalau boleh, nak pergi sekolah dengan hati yang senang sebab dah siap kerja rumah. tetapi bila sekolah menengah, tak siap kerja rumah pun takpa. sebab aku tahu, ada yang lagi dasyat daripada aku. at least aku ada lah sikit penyesalan sebab takbuat. malam tadi pun dekat prep bukan buat apa pun. padahal kerja rumah semua dah pun aku letak atas meja. dekat tangan dah pegang pen. dah ready dah pun untuk berjuang nak siapkan. tapi tulah, bila ada kawan ni satu kerja pun tak jalan. asyik nak berbual je.

kadang kadang tanpa kita sedar, kita menjadikan exam itu sebagai Tuhan kita. time exam lah baru nak ingat Allah. time exam lah baru nak duduk berteleku atas tikar sejadah. time exam lah baru nak doa banyak banyak. kita tak sedar, kita hanya ingat Allah sewaktu kita dalam kesusahan sahaja. kita dengan rendah dirinya meminta pertolongan Allah untuk memudahkan kita ketika menjawab exam. 

aku pun macam tu jugak. aku dah faham sangat konsep ni. 
"Time susah baru nak ingat Allah"

No comments:

Post a Comment