(pokok bunga di halaman rumah nenek belah mama)
Assalamualaikum manusia yang sedang membaca post ini. terima kasih kerana sudi membaca post aku yang tak berapa nak menarik ni. kadang menulis sebab nak isi masa lapang. kadang menulis sebab mood tengah rajin nak menaip. hati tiba tiba tergerak nak update sebab teringat blog yang dah lama berhabuk. plus, memang dah lama niat cuma asyik terlupa.
okay. umur aku dah 18 tahun, aku dah official 18 sebab tarikh lahir aku dah lepas. sedar tak sedar, usia semakin meningkat. 18 tu bukan umur yang kau rasa kau boleh main main lagi. 18 ni kalau ikutkan kau dah boleh kahwin. itu zaman dulu lah. zaman dulu 15 tahun pun dah kahwin. bila fkir balik, tak sedar langsung macam mana umur dah boleh sampai 18. kadang terlintas jugak, dah 18 rupanya aku ni? bestnya sebab dah besar. dan kadang terlintas jugak, dah 18 rupanya aku ni? tak bestnya dah kena fikir masa depan.
sama ada kau sedia atau tak, umur kau tidak akan berhenti bertambah nilainya. masa sekolah dulu, kita sibuk dah tak sabar nak menghabiskan waktu persekolahan, kononnya tak sabar nak bebas dari alam persekolahan. masa kau jadi budak sekolah mana best. kena bangun pagi lepastu nak kena mandi siap siap pergi sekolah. kadang terkilan, bestnya kalau dapat sambung tidur ni. lepastu kena pergi sekolah. kena beratur sebab perhimpunan. kena dengar cikgu bebel bebel dekat depan. lepas habis perhimpunan kena masuk kelas dan belajar. setiap hari kau akan ulang rutin harian yang sama. sebab tu dalam hati kau tergerak, "bila nak habis sekolah ni".
bila masuk umur kau dah lapan belas tahun, kau kena fikir masa depan. kau kena fikir panjang sebab semua ni penting untuk perancangan masa hadapan kau. memang lah Allah dah merancang yang terbaik untuk kita. tapi kita usaha jugak. Allah nak tengok apa usaha kita.

No comments:
Post a Comment